Wednesday 16 November 2011

CREATIVITY starts from a BELIEF




Janganlah bersedih kalau ada orang kata kita tidak kreatif. Jangan berasa iri hati kalau lihat orang lain lebih kreatif. Manusia yang kreatif tak pernah membandingkan dengan perkara-perkara seperti itu, sebaliknya dia mencabar dirinya sendiri. Kreativiti seseorang itu sememangnya susah untuk kita jangkakan. Di sini, sedikit perkongsian daripada saya ini mungkin dapat membantu dan menaikkan semangat yang lemah. Untuk menjadi manusia yang kreatif:

1.     Seseorang itu biasanya bersifat terbuka. Menggunakan segala pancainderanya untuk menerima sesuatu yang baru, melihat, mendengar dan sebagainya.
2.     Seseorang yang sangat percayakan diri sendiri. Percaya dengan kebolehan diri sendiri. Bunyi senang, tapi ianya taklah sedemikian seperti yang diperkatakan. Ramai orang mudah berputus asa dan hilang kepercayaan terhadap diri sendiri.
3.     Manusia yang kreatif adalah manusia yang berani. Berani mencuba. Berani untuk gagal. Berani untuk mengubah sesebuah paradigma.
4.     Seseorang yang kreatif adalah seseorang yang suka belajar. Belajar apa yang diminatinya dengan apa cara sekalipun walaupun bukan secara formal. Belajar seorang yang kreatif bukan sekadar teori dan sebagainya, tapi sentiasa berfikir mencari sesuatu yang tidak diduga. Kadang-kadang ianya melanggar prosedur-prosedur yang sedia ada.
5.     Manusia yang kreatif juga akan mengkaji tentang dirinya sendiri. Mengkaji kelemahannya. Mengkaji kelebihannya. Mengkaji apa yang terselindung di sebalik dirinya yang mampu untuk dia lakukan lagi. Mengenali diri sendiri dan minat yang mendalam.
6.     Kehidupan seorang yang kreatif adalah suka kepada kedamaian dan kegembiraan. Ini kerana sumber inspirasi itu lebih cepat datang pada waktu yang damai dan gembira. Keceriaan itu merupakan suatu yang abstrak dan spontan. Idea yang genius selalunya datang dalam keadaan spontan.
7.     Orang yang kreatif biasanya tak pernah menentang sesuatu idea orang lain, malah mereka lebih suka memberi atau mengemuka sesuatu idea itu secara alternatif dan literal.

0 comments:

Post a Comment