Tuesday 8 November 2011

Tatabahasa 2 语法

Kata Penguat 程度词

1.     Kata yang berfungsi untuk menguatkan maksud yang terkandung 
    dalam kata adjektif.  程度词是用来加强形容词意思的词语。
2.    Kata penguat digunakan sebelum atau selepas kata adjektif.
程度词用在形容词的前面或后面。
3.    Kata penguat terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:
程度词分为三种,即:
a)    Kata Penguat Hadapan 前程度词
b)   Kata Penguat Belakang 后程度词
c)    Kata Penguat Bebas 自由程度词

Kata Penguat Hadapan
前程度词
Penggunaan
用法
Ayat Contoh
例句

paling
terlalu 过于
agak 相当

Digunakan di hadapan kata adjektif
用在形容词的前面
1.  Jia Qi merupakan peserta yang paling hebat dalam pertandingan perbahasan itu.

2.  Cerita yang disampaikan itu agak menarik.


Kata Penguat Belakang
后程度词
Penggunaan
用法
Ayat Contoh
例句

benar 非常
sekali 非常
nian 极、真
betul 十分

Digunakan di belakang kata adjektif
用在形容词的后面

1.  Mak Wan marah benar apabila nampak mainan anaknya bertaburan di atas lantai.

2.  Cantik sekali tekstil yang dihasilkan itu.

Kata Penguat Bebas
自由程度词
Penggunaan
用法

Ayat Contoh
例句

sungguh
amat  非常
sangat 非常
Digunakan sama ada di hadapan atau di belakang kata adjektif
用在形容词的前面或后面都可以
1.  Air kopi yang dibancuh oleh kakak amat pahit.

2.  Air kopi yang dibancuh oleh kakak pahit amat.



Kata Penegas语气助词

Kata penegas digunakan untuk menegaskan sesuatu kenyataan.
语气助词用来强调某件事情。

Kata Penegas
语气助词
Penggunaan
用法
Ayat Contoh
例句

-lah
罢、吧、了、啦
menegaskan sesuatu suruhan, permintaan atau pernyataan.
加强某项吩咐、请求或说明

Pemuda itulah yang meragut beg tangan Urmila.
-kah 吗、呢
menegaskan sesuatu pertanyaan atau memberi penekanan kepada sesuatu ayat tanya. 加强疑问句

Siapakah majikan kamu?
-tah 到底、究竟
menegaskan sesuatu pernyataan, membawa maksud hairan atau tidak sabar.
加强某项说明、表示惊讶或不耐烦

Bilatah lagi pokok rambutan itu akan berbuah.
hanya
menekankan sesuatu peryataan.
加强某项说明

Rani hanya berdiam diri apabila disoal oleh Cikgu Too.
jua/ juga
menekankan sesuatu peryataan.
加强某项说明

Dia menghadapi apa jua dugaan hidup dengan hati yang tabah.
pun
memberi penekanan kepada ayat penyata.
加强陈述句

Sebaik sahaja majlis itu bersurai, kami pun pulang ke rumah.
Sahaja 只是
memberi penekanan kepada ayat penyata atau ayat perintah.
加强陈述句或祈使句

Yun Shan mewakili rumah sukannya dalam acara lompat jauh sahaja.
Memang 的确
menekankan sesuatu peryataan.
加强某项说明

Jia Hao memang seorang murid yang pintar.


Kata Pemeri 判断词

Kata penegas ialah perkataan yang menjadi penghubung antara subjek dengan frasa-frasa utama dalam predikat.
判断词用来连接句子中的主语和谓语。

Kata Pemeri
判断词
Penggunaan
用法
Ayat Contoh
例句

ialah  
digunakan di hadapan frasa nama
用在名词短语的前面

·    Encik Jia Hui ialah seorang doktor pakar.
·    Telefon bimbit ini ialah hadiah hari jadi saya daripada abang.

adalah   
digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama.
用在形容词和介词短语的前面

·    Masalah yang dihadapinya adalah rumit.
·    Jambangan bunga teliki ini adalah untuk ibu.


Kata Nafi 否定词

Kata nafi ialah perkataan yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu dalam predikat ayat.
否定词是用来否定谓语中某事物的词。

Kata Pemeri
判断词
Penggunaan
用法
Ayat Contoh
例句

bukan  不是
digunakan untuk menafikan frasa nama dan frasa sendi nama.
用来否定名词短语和介词短语

·    Mei Fong bukan pengerusi Kelab Bola Keranjang.
·    Buah belimbing itu bukan untuk kamu.

tidak
不、不是
digunakan untuk menafikan frasa kerja dan frasa adjektif.
用来否定动词短语和形容词短语

·    Zhi Long tidak memecahkan pasu bunga di atas meja itu.
·    Makanan ringan sedap tetapi tidak berkhasiat.


0 comments:

Post a Comment