Monday 7 November 2011

Tatabahasa 1 语法

Kata Ganti Nama Diri 人称代词

1.     Kata ganti nama digunakan untuk menggantikan nama orang, terbahagi kepada tiga jenis, iaitu:  人称代词是用来代替人名,可分为三种,即:
a)    Kata Ganti Nama Diri Pertama 第一人称代词
b)   Kata Ganti Nama Diri Kedua 第二人称代词
c)    Kata Ganti Nama Diri Ketiga 第三人称代词

Kata Ganti Nama Pertama
第一人称代词
Penggunaan
用法
Ayat Contoh
例句

saya

merujuk diri sendiri apabila bercakap dengan seseorang yang baru dikenali atau orang yang lebih tua dan dalam suasana yang rasmi. 跟刚认识的人或长辈说话,以及在正式的场合使用。
Nama saya Yee Qiao Ling.

aku
merujuk diri sendiri apabila bercakap dengan orang yang lebih rapat atau dengan tuhan.
跟关系密切的人或上苍说话时使用。
“Ya Allah, aku memohon kepadaMu agar sentiasa melindungiku,” doa Osman.
beta
digunakan oleh raja atau sultan untuk merujuk diri sendiri.
国王或苏丹的自称。
Beta akan berangkat pada petang ini,” titah Raja Ahmad kepada bendahara.
patik臣下
digunakan oleh rakyat biasa apabila bercakap dengan raja, sultan dan kerabat diraja untuk merujuk diri sendiri.
平民跟国王、苏丹或皇室说话时的自称。
Patik akan menurut segala perintah tuanku,” kata Tun Kasim.
hamba
奴才(没有地位的平民)
merujuk diri sendiri dengan tujuan untuk merendahkan diri apabila bercakap dengan orang yang bertaraf tinggi.
宫廷里地位低的人跟地位高的人说话时的自称。
Hamba tidak menyangka perkara ini akan terjadi,” kata pemuda itu kepada Laksamana Bentan.
kami  我们
merujuk diri sendiri serta teman tetapi tidak termasuk orang yang diajak bercakap.
称呼自己和同伴、不包括说话的对象。
Kami berdua akan membantu kamu menyelesaikan masalah ini,” kata Aina dan Lina kepada Ahmad.
kita 我们


merujuk diri sendiri serta orang yang diajak bercakap.  
称呼自己和说话的对象。
Kita mestilah membalas jasa ibu bapa kita.


Kata Ganti Nama Kedua
第二人称代词
Penggunaan
用法
Ayat Contoh
例句

awak

merujuk diri orang kedua yang rapat dengan kita. 用于称呼与我们关系密切的对话者。
digunakan oleh orang atasan apabila bercakap dengan orang bawahan. 地位高的人跟地位低的人说话时的称呼。
digunakan oleh suami dan isteri semasa bercakap. 丈夫与太太说话时的称呼。
Awak tidak sihat?” tanya Li Ling kepada kawan baiknya.

engkau
merujuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita atau orang yang lebih muda.
用于称呼与我们关系密切的对话者或称呼晚辈。
digunakan untuk Tuhan apabila berdoa. 祷告时,称呼上苍。
Engkau memang suka mengganggu aku,” kata Ah Kong kepada adiknya.
kamu
digunakan oleh orang dewasa apabila bercakap dengan orang yang lebih muda.
长辈称呼晚辈。
merujuk diri orang kedua yang rapat hubungannya dengan kita.
用于称呼与我们关系密切的对话者。
Kamu hendak pergi ke mana?” tanya Puan Goh kepada anaknya.
anda
merujuk diri orang kedua apabila tidak berhadapan dengan kita, contohnya dalam siaran radio, televisyen dan urusan surat-menyurat.
用于没碰面的情况下,例如:电台、电视广播和书信。
Tulis nama dan alamat anda dengan jelas pada borang permohonan.
tuanku 陛下
digunakan apabila bercakap dengan diri orang kedua seperti raja atau sultan.
与国王或苏丹对话时的称呼。
Perintah tuanku akan patik laksanakan.
kalian  你们
awak (kamu)
semua 你们
merujuk diri orang kedua yang bilangannya melebihi seorang atau bilangan yang banyak.
称呼一个以上的对话者。
“Sebelum kalian balikm makanlah kuih ini dahulu.” Kata Lily kepada kawan-kawannya.

 
Kata Ganti Nama Kedua
第三人称代词
Penggunaan
用法
Ayat Contoh
例句

dia  

merujuk diri orang ketiga secara umum atau rakan sebaya.
称呼一般的第三者或同伴。

Adik Rani merajuk. Dia ingin membeli anak patung itu.

beliau  
(可敬的人)
merujuk diri orang ketiga yang dianggap mulia dan dihormati, misalnya pemimpin negara dan guru.
称呼受尊敬的人物,如领袖和老师。
Beliau merupakan menteri yang banyak berjasa kepada negara.
baginda  陛下
merujuk diri orang ketiga seperti raja atau sultan.
称呼国王或苏丹。
Baginda Sultan Indera Sari bersyukur kerana rakyat jelata sentiasa bersatu padu.
mereka  他们

merujuk diri orang ketiga yang bilangannya melebihi seorang.
用于多过一个的第三者。
Mereka sedang menjalani latihan sukan di padang.

0 comments:

Post a Comment