Monday 12 December 2011

KRAF TANGAN


Wednesday 7 December 2011

JOM MENONTON CERITA

Saturday 3 December 2011

PENULISAN


PEMANTAPAN PENULISAN BAHAGIAN C (NILAI MURNI)

TEMA:SEKOLAH

CONTOH SITUASI
NILAI MURNI/ PENGAJARAN
Di kantin
1.  beratur
Berdisiplin/ mematuhi peraturan
2.  tidak gelojoh semasa makan
Bersopan
3.  masuk ke kelas apabila loceng berbunyi
Menepati masa
4.  tidak membuang sampah di merata-rata tempat
Mencintai alam sekitar/
menjaga kebersihan
5.  mencuci tangan
Menjaga kebersihan diri
Di padang / gelanggang
1.  bermain dalam kumpulan
Bekerjasama
2.  mendengar arahan guru
Menghormati guru/ prihatin/ peka
3.  meletakkan alatan di tempat yang betul
Menjaga keselamatan
4.  menggunakan alatan dengan betul
Berhati-hati/ berwaspada
5.  memapah kawan yang terjatuh
Tolong-menolong
Di perpustakaan
1.  membaca buku/ mengulang kaji
Rajin/ ringan tulang
2. menyusun buku
Mementingkan kekemasan
3. tidak berbuat bising
Berdisiplin/ mematuhi peraturan
4. tidak menconteng, mengoyak buku
Menyayangi harta sekolah
5. memulangkan buku
amanah
Di makmal komputer
1.  mendengar arahan guru
Menghormati guru/ prihatin/ peka
2. tidak merosakkan komputer
Menyayangi harta sekolah
3. melayari laman web
Bijak mencari maklumat
4. tidak makan dan minum
Berdisiplin/ mematuhi peraturan
5. memastikan suis sudah ditutup
Menjaga keselamatan
Di bilik darjah
1.  mengucapkan selamat pagi kepada guru
Menghormati guru
2.  membuat tugasan yang diberikan
Bertanggungjawab
3.  bertanya soalan dengan sopan
Bersopan santun
4.  menyapu sampah
Menjaga kebersihan kelas
5.  membuat kerja sendiri apabila guru tiada
Berdikari
Hari Sukan
1.  berbaris mengikut rumah masing-masing
Berdisiplin
2. berlumba lari dengan pantas
Berusaha
3. gembira mendapat johan
Bersyukur
4. tidak berputus asa
Bercita-cita tinggi
5. menyokong rumah masing-masing
Bekerjasama



Friday 2 December 2011

PENULISAN

TEKNIK MEMBINA AYAT (BAHAGIAN A)

TEMA: SEKOLAH
BAHAGIAN 1
BAHAGIAN 2
BAHAGIAN 3
Siapa?
Buat apa?
Tempat? Apa? Sebab? Siapa? Bagaimana?
1.  Semua murid
sedang beratur
di kantin.
2.  Seorang murid lelaki
sedang membeli
nasi lemak.
3.  Seorang murid perempuan
sedang makan
mi goreng yang sedap.
4.  Mimi
membasuh tangan
supaya tangannya bersih.
5.  Beberapa orang murid
membayar harga kuih
kepada penjual itu.
6.  Seorang guru bertugas
mengawasi
murid-murid di kantin.
7.  Jordan
bermain bola sepak
dengan kawannya di padang.
8.  Murid-murid bertugas
sedang membersihkan
kelas masing-masing.

Thursday 1 December 2011

KESALAHAN TATABAHSA BM