Monday 28 November 2011

SJK (C) SAM CHAI, IPOH

Pertandingan Bercerita Tahap 1 Tahun 2011

Bercerita merupakan satu aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak kerana melalui bercerita mereka dapat memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam secara tidak langsung mengaktifkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih kreatif. Melalui teknik penceritaan kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang gembira dan ceria. Kanak-kanak akan lebih mudah faham apabila mereka belajar dalam keadaan mereka bersedia dan ceria kerana mereka akan lebih mudah faham dan ingat apa yang telah mereka pelajari. Hal ini kerana secara lumrahnya manusia sentiasa mengingati perkara yang menyeronokkan berbanding perkara yang tidak memberi kesan apa-apa dalam diri mereka. Nilai-nilai murni juga dapat diterapkan dalam diri kanak-kanak kerana mereka akan mengingatinya.

 Murid Tahun 3

0 comments:

Post a Comment