Wednesday 16 November 2011

KREATIVITI KANAK-KANAK




Kreatif merupakan tindakan yang menghasilkan idea baru, pendekatan atau tindakan. Daripada video ini, kita boleh memahami bahawa setiap kanak-kanak sebenarnya berpotensi menjadi seorang yang kreatif. Bagaimanapun ia turut bergantung kepada pembimbing mereka terutama guru untuk mencungkil daya kreativiti tersebut.

Cara-cara untuk guru-guru mengalakkan kreativiti di kalangan kanak-kanak:
1.     Sediakan satu persekitaran kelas yang membolehkan yang anak-anak muda ini meneroka dan bermain melalui aktiviti kurikulum.
2.     Guru-guru perlu bersedia supaya dapat menyesuaikan diri untuk menerima idea yang akan diberikan oleh kanak-kanak.
3.     Guru-guru juga tidak boleh memaksa kanak-kanak untuk menerima idea yang diberikan oleh mereka.
4.     Guru hanya perlu memberikan bimbingan dan jangan cuba untuk menyekat idea itu supaya kanak-kanak ini merasa lebih bebas tanpa rasa tertekan.
5.     Guru juga tidak boleh terlalu bergantung kepada sukatan pelajaran, bahan bacaan bercetak dan latihan semata-mata.
6.     Guru sepatutnya menunjukkan yang dia juga seorang aktif berfikir dan bersemangat mahu mempelajari sesuatu yang baru.
7.     Guru juga perlu memberikan lebih masa untuk membolehkan kanak-kanak ini meneruskan projek yang sedang dilakukan sekalipun telah melebihi jadual.
8.     Guru juga tidak perlu terikut dengan sukatan pelajaran, bahan bacaan dan latihan kerana ini tidak akan memberi peluang untuk kanak-kanak itu merasai sendiri pengalaman termasuk menggunakan tangannya.
9.     Guru perlu mengenal pasti perbezaan individu dalam pembelajaran dengan mengambil kira jenis pelajar dan kebolehan mereka

Suasana ini akan dapat merangsang kanak-kanak melaksanakan idea itu dengan lebih seronok tanpa halangan.

0 comments:

Post a Comment