Tuesday 15 November 2011

MAKRO PENGAJARAN

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN  – Ringkasan              

MATA PELAJARAN
Bahasa Malaysia
TARIKH/ HARI
1 November 2011 (Selasa)
MASA
10.35am – 11.05am
TAHUN
3M
BILANGAN PELAJAR
20 orang
TEMA/ TAJUK
Unit 9- Kecemerlangan
SUB TAJUK
Murid Cemerlang
FOKUS UTAMA
STANDARD KANDUNGAN      : 8.1  Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
STANDARD PEMBELAJARAN : 8.1  Aras 1 (i)  
                                                              Melengkapkan ayat dengan perkataan yang sesuai.

FOKUS SAMPINGAN
STANDARD KANDUNGAN        : 5.1  Membaca kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami perkara yang dibaca.
STANDARD PEMBELAJARAN  : 5.1   Aras 3 (i)  
                                                                Membaca teks dengan sebutan dan intonasi yang betul.

OBJEKTIF
Pada akhir pengajaran, murid dapat:
  1. Mengisi tempat kosong dengan kata seru yang betul.
  2. Membaca pelbagai jenis ayat dengan intonasi yang betul.

PENGETAHUAN SEDIA ADA
Pelajar pernah mengalami pelbagai perasaan seperti gembira, hairan, takut, marah dalam kehidupan mereka.

PENGISIAN KURIKULUM
Ilmu: Pendidikan Moral
Nilai: Rajin, kerjasama, keberanian
KBT: Interpersonal, Menghubungkaitkan, Kemahiran Berfikir

KAEDAH PENGAJARAN
Pendekatan Masteri

SISTEM BAHASA
Tatabahasa: Kata Seru

MEDIA/ ABM
Lembaran kerja, kad gambar, kad manila, kad mahjong, kad perkataan.





RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN                              

LANGKAH
ISI KANDUNGAN
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
CATATAN
SET INDUKSI

( 3 minit)
Gambar

Soal jawab
Guru  :   Apakah perasaan yang ditunjukkan oleh guru dalam gambar ini?
Murid:   Marah.
Guru  :   Mengapakah murid dalam gambar itu kelihatan takut?
Murid:   Sebab dia malas membuat kerja, lalu dimarahi oleh guru.


1)    Guru mempamerkan sebuah gambar dan mengemukakan beberapa soalan.


KBT:
Kemahiran Berfikir

Nilai:
Rajin

ABM:
Gambar
LANGKAH 1

( 7 minit)
Maksud Kata Nama Am:
Kata Seru ialah kata yang menyatakan perasaan seseorang seperti sakit, marah, terkejut, hairan, sedih, takut dan sebagainya.



Carta Kata Seru (Lampiran 1)
Kata
Seru
Penggunaan
Contoh ayat
Wah


Aduh


Nah


Cis


Hai


Syabas





1)    Guru menerangkan makna Kata Nama Am.

2)  Guru mempamerkan carta Kata Seru.

3)  Guru menerangkan penggunaan setiap Kata Seru dan membimbing murid membaca.

KBT:
Menghubungkaitkan

ABM:
Kertas manila (carta)
LANGKAH 2

( 13 minit)
Latihan bertulis
Mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat dengan Kata Seru yang disediakan.

(Lampiran 2)







1)    Guru menunjukkan kad manila yang mengandungi soalan pada papan hitam.

2)   Guru meminta murid meneliti soalan tersebut.

3)   Guru meminta beberapa orang murid mengisi tempat kosong dengan Kata Seru yang sesuai.

4)   Guru dan murid bersama-sama menilai jawapan tersebut.

5)   Guru meminta murid berlakon dan membaca ayat-ayat dengan intonasi yang betul.

KBT:
Interpersonal


ABM: Gambar
LANGKAH 3

( 5 minit)
Permainan Mencari Kawan
Peraturan:
i.   Murid yang mengambil kad Kata Seru akan mencari murid yang mengambil kad penggunaan Kata Seru.

(Lampiran 3)







1)    Guru menunjukkan beberapa kad dan meminta murid mencabut tersebut secara rawak.

2)    Murid-murid itu akan bermain ‘Permainan mencari kawan’.

3)    Apabila murid menjumpai kawannya, guru akan meminta mereka menampalkan kad-kad itu pada papan hitam.

4)    Guru dan murid berbincang tentang jawapan tersebut bersama-sama.

KBT:
Kemahiran Kreativiti dan Inovasi

Nilai:
Kerjasama

ABM:
Kad perkataan
PENUTUP

( 2 minit)
Lembaran kerja

1)   Guru menyoal murid tentang Kata Seru yang dipelajari.

2)  Guru mengedarkan lembaran kerja.

3)  Guru membimbing murid menyiapkan lembaran kerja.


KBT:
Interpersonal

Nilai:
Bertanggungjawab

ABM:
Lembaran kerja












LAMPIRAN 1

Carta Kata Seru

KATA SERU
PENGGUNAAN
CONTOH AYAT
Wah
menyatakan perasaan kagum atau terkejut.
Wah, cantiknya lukisan itu!
Aduh
menyatakan perasaan sakit.
Aduh, sakitnya perutku!
Nah
menyatakan perasaan mempelawa supaya seseorang menerima sesuatu.
Nah, ambillah buku latihan kamu!
Cis
menyatakan perasaan marah, benci, jijik.
Cis, berani kau datang lagi!
Hai
mengucapkan salam.
Hai, nama saya Amin!
Syabas
menyatakan perasaan puas atau gembira.
Syabas, pasukan kita telah menang!



LAMPIRAN 2


Mengisi tempat kosong dengan kata seru yang sesuai.

1) ________________, pergi kau dari sini!

2) ________________, ambil wang saku ini!

3) ________________, sudah lama kita tidak berjumpa!

4) ­________________, tingginya bangunan di Kuala Lumpur!

5) ________________, sakitnya kakiku!

6) ________________, kamu menjadi johan dalam kuiz Bahasa Malaysia!




LAMPIRAN 3

PERMAINAN MENCARI KAWAN

1.
Hai

menyatakan perasaan kagum atau terkejut.




2.
Cis

mengucapkan salam.




3.
Syabas

menyatakan perasaan marah, benci, jijik.




4.
Wah

menyatakan perasaan puas atau gembira.




5.
Aduh

menyatakan perasaan sakit.




6.
Nah

menyatakan perasaan mempelawa supaya seseorang menerima sesuatu.






LEMBARAN KERJA


NAMA :________________________

KELAS :________________________

 
Tandakan (√ ) bagi kata seru yang betul dan tandakan ( X ) bagi kata seru yang salah.
1.
Aduh, pedihnya mataku!




2.
Cis, ambillah tuala ini!




3.
Wah, indahnya pemandangan di Pulau Langkawi!




4.
Hai, siapkan kerja sekolah kamu sekarang!




5.
Syabas, kamu berjaya akhirnya!




6.
Wah, lama kita tidak berjumpa!




7.
Nah, ambillah raket ini!




8.
Aduh, luasnya rumah kamu!




9.
Cis, berani engkau menentang arahan saya!




10.
Hai, sakitnya jari saya!



0 comments:

Post a Comment