Janganlah bersedih kalau ada orang kata kita tidak kreatif.
Jangan berasa iri hati kalau lihat orang lain lebih kreatif. Manusia yang
kreatif tak pernah membandingkan dengan perkara-perkara seperti itu, sebaliknya
dia mencabar dirinya sendiri. Kreativiti seseorang itu sememangnya susah untuk
kita jangkakan. Di sini, sedikit perkongsian daripada saya ini mungkin dapat
membantu dan menaikkan semangat yang lemah. Untuk menjadi manusia yang kreatif:
1.
Seseorang itu
biasanya bersifat terbuka.
Menggunakan segala pancainderanya untuk menerima sesuatu yang baru, melihat,
mendengar dan sebagainya.
2.
Seseorang yang
sangat percayakan diri sendiri.
Percaya dengan kebolehan diri sendiri. Bunyi senang, tapi ianya taklah
sedemikian seperti yang diperkatakan. Ramai orang mudah berputus asa dan hilang
kepercayaan terhadap diri sendiri.
3.
Manusia yang
kreatif adalah manusia yang berani.
Berani mencuba. Berani untuk gagal. Berani untuk mengubah sesebuah paradigma.
4.
Seseorang yang
kreatif adalah seseorang yang suka
belajar. Belajar apa yang diminatinya dengan apa cara sekalipun walaupun
bukan secara formal. Belajar seorang yang kreatif bukan sekadar teori dan
sebagainya, tapi sentiasa berfikir mencari sesuatu yang tidak diduga.
Kadang-kadang ianya melanggar prosedur-prosedur yang sedia ada.
5.
Manusia yang
kreatif juga akan mengkaji tentang
dirinya sendiri. Mengkaji kelemahannya. Mengkaji kelebihannya. Mengkaji
apa yang terselindung di sebalik dirinya yang mampu untuk dia lakukan lagi.
Mengenali diri sendiri dan minat yang mendalam.
6.
Kehidupan seorang
yang kreatif adalah suka kepada kedamaian
dan kegembiraan. Ini kerana sumber inspirasi itu lebih cepat datang pada
waktu yang damai dan gembira. Keceriaan itu merupakan suatu yang abstrak dan
spontan. Idea yang genius selalunya datang dalam keadaan spontan.
7.
Orang yang kreatif
biasanya tak pernah menentang sesuatu
idea orang lain, malah mereka lebih suka memberi atau mengemuka sesuatu
idea itu secara alternatif dan literal.
0 comments:
Post a Comment