RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN – Ringkasan
MATA PELAJARAN
|
Bahasa Malaysia
|
TARIKH/ HARI
|
1 November 2011 (Selasa)
|
MASA
|
10.35am – 11.05am
|
TAHUN
|
3M
|
BILANGAN PELAJAR
|
20 orang
|
TEMA/ TAJUK
|
Unit 9- Kecemerlangan
|
SUB TAJUK
|
Murid Cemerlang
|
FOKUS UTAMA
STANDARD KANDUNGAN : 8.1 Membina dan menulis perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk.
STANDARD PEMBELAJARAN : 8.1 Aras 1 (i)
Melengkapkan
ayat dengan perkataan yang sesuai.
|
|
FOKUS SAMPINGAN
STANDARD
KANDUNGAN : 5.1 Membaca
kuat perkataan dan ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul dan memahami
perkara yang dibaca.
STANDARD PEMBELAJARAN
: 5.1 Aras 3 (i)
Membaca teks
dengan sebutan dan intonasi yang betul.
|
|
OBJEKTIF
|
Pada akhir
pengajaran, murid dapat:
|
PENGETAHUAN SEDIA ADA
|
Pelajar pernah mengalami pelbagai perasaan seperti
gembira, hairan, takut, marah dalam kehidupan mereka.
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
Ilmu: Pendidikan Moral
Nilai: Rajin, kerjasama, keberanian
KBT: Interpersonal, Menghubungkaitkan,
Kemahiran
Berfikir
|
KAEDAH PENGAJARAN
|
Pendekatan Masteri
|
SISTEM BAHASA
|
Tatabahasa: Kata Seru
|
MEDIA/ ABM
|
Lembaran kerja,
kad gambar, kad manila, kad mahjong, kad perkataan.
|
RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN
LANGKAH
|
ISI KANDUNGAN
|
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
|
CATATAN
|
|||||||||||||||||||||||||
SET INDUKSI
( 3 minit)
|
Gambar
Soal jawab
Guru : Apakah
perasaan yang ditunjukkan oleh guru dalam gambar ini?
Murid: Marah.
Guru : Mengapakah
murid dalam gambar itu kelihatan takut?
Murid: Sebab dia malas membuat kerja, lalu dimarahi
oleh guru.
|
1)
Guru mempamerkan sebuah
gambar dan mengemukakan beberapa soalan.
|
KBT:
Kemahiran Berfikir
Nilai:
Rajin
ABM:
Gambar
|
|||||||||||||||||||||||||
LANGKAH 1
( 7 minit)
|
Maksud Kata Nama Am:
|
1)
Guru menerangkan makna Kata
Nama Am.
2) Guru mempamerkan carta Kata Seru.
3) Guru menerangkan penggunaan setiap Kata Seru dan membimbing murid
membaca.
|
KBT:
Menghubungkaitkan
ABM:
Kertas manila (carta)
|
|||||||||||||||||||||||||
LANGKAH 2
( 13 minit)
|
Latihan
bertulis
Mengisi
tempat kosong dalam ayat-ayat dengan Kata Seru yang disediakan.
|
1)
Guru menunjukkan kad manila
yang mengandungi soalan pada papan hitam.
2)
Guru meminta murid meneliti
soalan tersebut.
3)
Guru meminta beberapa orang
murid mengisi tempat kosong dengan Kata Seru yang sesuai.
4)
Guru dan murid bersama-sama
menilai jawapan tersebut.
5)
Guru meminta murid berlakon
dan membaca ayat-ayat dengan intonasi yang betul.
|
KBT:
Interpersonal
ABM: Gambar
|
|||||||||||||||||||||||||
LANGKAH 3
( 5 minit)
|
Permainan
Mencari Kawan
Peraturan:
i.
Murid yang mengambil kad
Kata Seru akan mencari murid yang mengambil kad penggunaan Kata Seru.
|
1)
Guru menunjukkan beberapa
kad dan meminta murid mencabut tersebut secara rawak.
2)
Murid-murid itu akan
bermain ‘Permainan mencari kawan’.
3)
Apabila murid menjumpai
kawannya, guru akan meminta mereka menampalkan kad-kad itu pada papan hitam.
4)
Guru dan murid berbincang
tentang jawapan tersebut bersama-sama.
|
KBT:
Kemahiran Kreativiti dan Inovasi
Nilai:
Kerjasama
ABM:
Kad perkataan
|
|||||||||||||||||||||||||
PENUTUP
( 2 minit)
|
Lembaran kerja
|
1)
Guru menyoal murid tentang
Kata Seru yang dipelajari.
2) Guru mengedarkan lembaran kerja.
3) Guru membimbing murid menyiapkan lembaran kerja.
|
KBT:
Interpersonal
Nilai:
Bertanggungjawab
ABM:
Lembaran kerja
|
LAMPIRAN 1
Carta Kata Seru
KATA SERU
|
PENGGUNAAN
|
CONTOH AYAT
|
Wah
|
menyatakan
perasaan kagum atau terkejut.
|
Wah, cantiknya lukisan itu!
|
Aduh
|
menyatakan
perasaan sakit.
|
Aduh, sakitnya perutku!
|
Nah
|
menyatakan
perasaan mempelawa supaya seseorang menerima sesuatu.
|
Nah, ambillah buku latihan kamu!
|
Cis
|
menyatakan
perasaan marah, benci, jijik.
|
Cis, berani kau datang lagi!
|
Hai
|
mengucapkan
salam.
|
Hai, nama saya Amin!
|
Syabas
|
menyatakan
perasaan puas atau gembira.
|
Syabas, pasukan kita telah menang!
|
LAMPIRAN
2
Mengisi tempat kosong dengan kata seru yang sesuai.
1) ________________, pergi kau dari sini!
2) ________________, ambil wang saku ini!
3) ________________, sudah lama kita tidak berjumpa!
4) ________________, tingginya bangunan di Kuala Lumpur!
5) ________________, sakitnya kakiku!
6) ________________, kamu menjadi johan dalam kuiz Bahasa Malaysia!
|
LAMPIRAN 3
PERMAINAN MENCARI
KAWAN
1.
|
Hai
|
menyatakan perasaan
kagum atau terkejut.
|
|
2.
|
Cis
|
mengucapkan salam.
|
|
3.
|
Syabas
|
menyatakan perasaan
marah, benci, jijik.
|
|
4.
|
Wah
|
menyatakan perasaan
puas atau gembira.
|
|
5.
|
Aduh
|
menyatakan perasaan
sakit.
|
|
6.
|
Nah
|
menyatakan perasaan
mempelawa supaya seseorang menerima sesuatu.
|
|
LEMBARAN KERJA
NAMA :________________________
KELAS
:________________________
Tandakan
(√ ) bagi kata seru yang betul dan tandakan ( X ) bagi kata seru yang salah.
1.
|
Aduh,
pedihnya mataku!
|
|
|
|
|
2.
|
Cis,
ambillah tuala ini!
|
|
|
|
|
3.
|
Wah,
indahnya pemandangan di Pulau Langkawi!
|
|
|
|
|
4.
|
Hai,
siapkan kerja sekolah kamu sekarang!
|
|
|
|
|
5.
|
Syabas,
kamu berjaya akhirnya!
|
|
|
|
|
6.
|
Wah,
lama kita tidak berjumpa!
|
|
|
|
|
7.
|
Nah,
ambillah raket ini!
|
|
|
|
|
8.
|
Aduh,
luasnya rumah kamu!
|
|
|
|
|
9.
|
Cis,
berani engkau menentang arahan saya!
|
|
|
|
|
10.
|
Hai,
sakitnya jari saya!
|
|
0 comments:
Post a Comment