Pertandingan Bercerita Tahap
1 Tahun 2011
Bercerita merupakan
satu aktiviti yang menarik perhatian kanak-kanak kerana melalui bercerita
mereka dapat memahami sesuatu itu dengan lebih mendalam secara tidak langsung
mengaktifkan daya imaginasi kanak-kanak untuk berfikir dengan lebih kreatif.
Melalui teknik penceritaan kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang gembira
dan ceria. Kanak-kanak akan lebih mudah faham apabila mereka belajar dalam
keadaan mereka bersedia dan ceria kerana mereka akan lebih mudah faham dan
ingat apa yang telah mereka pelajari. Hal ini kerana secara lumrahnya manusia
sentiasa mengingati perkara yang menyeronokkan berbanding perkara yang tidak
memberi kesan apa-apa dalam diri mereka. Nilai-nilai murni juga dapat
diterapkan dalam diri kanak-kanak kerana mereka akan mengingatinya.
Murid Tahun 3
0 comments:
Post a Comment