Monday, 12 December 2011
Wednesday, 7 December 2011
Saturday, 3 December 2011
PENULISAN
Posted by chinlee at 13:02
PEMANTAPAN
PENULISAN BAHAGIAN C (NILAI MURNI)
TEMA:SEKOLAH
CONTOH SITUASI
|
NILAI MURNI/ PENGAJARAN
|
Di kantin
|
|
1.
beratur
|
Berdisiplin/ mematuhi peraturan
|
2.
tidak gelojoh semasa makan
|
Bersopan
|
3.
masuk ke kelas apabila loceng berbunyi
|
Menepati masa
|
4.
tidak membuang sampah di merata-rata tempat
|
Mencintai alam sekitar/
menjaga kebersihan
|
5.
mencuci tangan
|
Menjaga kebersihan diri
|
Di padang / gelanggang
|
|
1.
bermain dalam kumpulan
|
Bekerjasama
|
2.
mendengar arahan guru
|
Menghormati guru/ prihatin/ peka
|
3.
meletakkan alatan di tempat yang betul
|
Menjaga keselamatan
|
4.
menggunakan alatan dengan betul
|
Berhati-hati/ berwaspada
|
5.
memapah kawan yang terjatuh
|
Tolong-menolong
|
Di perpustakaan
|
|
1.
membaca buku/ mengulang kaji
|
Rajin/ ringan tulang
|
2.
menyusun buku
|
Mementingkan kekemasan
|
3.
tidak berbuat bising
|
Berdisiplin/ mematuhi peraturan
|
4.
tidak menconteng, mengoyak buku
|
Menyayangi harta sekolah
|
5.
memulangkan buku
|
amanah
|
Di makmal komputer
|
|
1.
mendengar arahan guru
|
Menghormati guru/ prihatin/ peka
|
2.
tidak merosakkan komputer
|
Menyayangi harta sekolah
|
3.
melayari laman web
|
Bijak mencari maklumat
|
4.
tidak makan dan minum
|
Berdisiplin/ mematuhi peraturan
|
5.
memastikan suis sudah ditutup
|
Menjaga keselamatan
|
Di bilik darjah
|
|
1.
mengucapkan selamat pagi kepada guru
|
Menghormati guru
|
2.
membuat tugasan yang diberikan
|
Bertanggungjawab
|
3.
bertanya soalan dengan sopan
|
Bersopan santun
|
4.
menyapu sampah
|
Menjaga kebersihan kelas
|
5.
membuat kerja sendiri apabila guru tiada
|
Berdikari
|
Hari Sukan
|
|
1.
berbaris mengikut rumah masing-masing
|
Berdisiplin
|
2.
berlumba lari dengan pantas
|
Berusaha
|
3.
gembira mendapat johan
|
Bersyukur
|
4.
tidak berputus asa
|
Bercita-cita tinggi
|
5.
menyokong rumah masing-masing
|
Bekerjasama
|
Friday, 2 December 2011
PENULISAN
Posted by chinlee at 22:05
TEKNIK
MEMBINA AYAT (BAHAGIAN A)
TEMA:
SEKOLAH
BAHAGIAN 1
|
BAHAGIAN 2
|
BAHAGIAN 3
|
Siapa?
|
Buat apa?
|
Tempat? Apa? Sebab? Siapa? Bagaimana?
|
1.
Semua murid
|
sedang beratur
|
di kantin.
|
2.
Seorang murid lelaki
|
sedang membeli
|
nasi lemak.
|
3.
Seorang murid perempuan
|
sedang makan
|
mi goreng yang sedap.
|
4.
Mimi
|
membasuh tangan
|
supaya tangannya bersih.
|
5.
Beberapa orang murid
|
membayar harga kuih
|
kepada penjual itu.
|
6.
Seorang guru bertugas
|
mengawasi
|
murid-murid di kantin.
|
7.
Jordan
|
bermain bola sepak
|
dengan kawannya di padang.
|
8.
Murid-murid bertugas
|
sedang membersihkan
|
kelas masing-masing.
|
Thursday, 1 December 2011
KESALAHAN TATABAHSA BM
Posted by chinlee at 22:59 KESALAHAN TATABAHASA BM
View more presentations from Chinlee Ho
Wednesday, 30 November 2011
CERITA
Posted by chinlee at 21:40
Alah Bisa Tegal Biasa 熟能生巧
Selamat pagi kepada Guru Besar, para hakim, guru-guru dan rakan-rakan sekalian. Tajuk cerita saya pada hari ini ialah “ Alah bisa tegal biasa.”
Pada zaman Dinasti Song Utara, ada seorang lelaki bernama Chen Kangsu yang mahir memanah. Pada masa itu, tiada seorang pun dapat menandinginya. Semakin hari, beliau menjadi sombong dengan kelebihan yang dimiliknya itu.
Pada suatu hari, ketika beliau sedang berlatih memanah di lapang sasar peribadinya, kebetulan seorang penjual minyak pun menurunkan kandar dan memerhatikan Chen Kangsu berlatih. Apabila penjual minyak melihat anak panah Chen Kangsu mengenai sasaran pada lapan daripada sepuluh kali, penjual minyak mengangguk-angguk kepala sebagai tanda memuji.
Chen Kangsu pun mendekati penjual minyak dan bertanya, “Tahukah awak memanah? Apakah pandangan awak tentang kemahiran saya tadi? Handalkah?”
Kata penjual minyak, “Usah dibangga-banggakan. Petuanya ialah kita boleh menguasai sesuatu kemahiran setelah dilakukan berulang-ulang kali.”
Chen Kangsu amat marah mendengar kata-kata penjual minyak, “Berani awak memperlekehkan keupayaan saya?”
Jawab penjual minyak, “Pak cik memberikan hujah dan pandangan tadi berdasarkan pengalaman pak cik menuang minyak.” Lalu penjual minyak pun meletakkan sebuah bekas labu di atas tanah dan menekupkan mulut labu dengan sekeping duit syiling yang berlubang di tengahnya. Kemudian, dia menuangkan minyak ke dalam bekas labu menerusi lubang syiling. Minyak mencucur ke dalam bekas labu tanpa membasahkan syiling. Sesudah habis menuang, penjual minyak berkata kepada Chen Kangsu, “Keupayaan pak cik juga tiada apa-apa keistimewaan. Kita akan mahir apabila dibuat berulang-ulang kali.”
Sesudah Chen Kangsu mendengar kata-kata penjual minyak, beliau pun ketawa kerana menyedari hikmah yang dibawa oleh Si Tua tadi.
Rakan-rakan sekalian, mana-mana yang cekap dan mahir adalah daripada latihan banyak. Selagi sanggup bekerja keras, berlatih berulang-ulang kali, anda mesti boleh berjaya. Sekian, terima kasih.
Subscribe to:
Posts (Atom)